Ads

Ads

Tuesday, April 19, 2011

Home »»Teknik Penanaman Pokok Anggur

Teknik Penanaman Pokok Anggur

Cara menguna tapak :
· Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
· Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.

· Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
· Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
· Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
· Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
· Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
· Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
· Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
· Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.


Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :
· Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
· Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
· Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
· Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
· Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
· Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.


Kadar Pembajaan Pohon Anggur :
· Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
· Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
· Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
· Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
· Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.


Pemangkasan & Latihan
· Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
· Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .


Pemangkasan untuk Pembuahan
· Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
· Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
· Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
· Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
· Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
· Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .


Menambah Kemanisan Buah
· Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
· Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
· Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
· Merancang pembuahan pada musim panas.