Ads

Ads

Monday, April 25, 2011

Home »»Buah Belimbing

Buah Belimbing


 Buah belimbing atau nama botaninya Averrhoa Carambola berada dalam keluarga Oxalidaceae dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Orang-orang Portugis memanggilnya carambola yang bermakna “makanan pembuka selera”.
 Pokoknya serdahana besar dengan ketinggian 15m dan dahan biasanya condong ke arah tanah. Bunganya kecil dalam jambak yang dihasilkan pada dahan dan ranting pokok serta berwarna merah muda di mana bahagian tengah berwarna unggu. Buah ini tersebar ke seluruh dunia dengan khasiat perubatannya. Belimbing mengandungi paras Vitamin C yang tinggi. Belimbing dipercayai mempunyai kesan karminatif terhadap saraf otak dan boleh mambantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia, sebanyak 17 klon telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Hanya 3 klon iaitu B2, B10 dan B17 yang banyak ditanam.
 Klon B2 (MAHA 66) - Isinya berwarna putih kehijauan, berair, bertekstur halus dan manis. Seginya yang lembut menyebabkan buahnya cepat rosak. Klon ini banyak ditanam sebagai pemberi debunga untuk meninggikan peratus pembentukan buah klon lain. Berat sebiji adalah 150-200g.

Klon B10 - Isinya berwarna kuning keemasan, berair, manis, bertekstur halus serta beraroma. Kandungan pepejal larut (TSS) purata ialah 8-10%. Klon ini mempunyai ciri yang baik untuk pasaran antarabangsa. Berat sebiji adalah 200-300g.

Klon B17 atau dikenali sebagai Belimbing Madu - Buahnya berbentuk silinder, berwarna merah keemasan, berserabut, berair tetapi rangup dan pejal serta beraroma sederhana. TSS buah ialah 12-18%.

 Cara penanaman boleh rujuk di sini