Pokoknya berketinggian antara 5-10m. Batangnya tegak, bercabang dan banyak benjolan. Panjang bunganya anatara 5-20cm, berjuntai dan tumbuh dicabang. Daunnya berbentuk sirih dan berwarna unggu. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan berudah berwarna kuning. Buahnya berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa dan sebagai ramuan tambahan dalam masakan. Buah ini juga dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan air tawar.