Pokok anggur merupakan tanaman jenis menjalar dalam keluarga Vitaceae dan memerlukan penyokong untuk pertumbuhannya. Para setinggi 2 m dan lebar 2-3 m boleh dibina bagi menyokong pertumbuhan tanaman ini. Buahnya tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih.
Setelah pokok anggur membesar, latihan untuk membentuk pokok perlu dibuat. Tunas sisi yang tumbuh di batang pokok hendaklah dibuang untuk menggalakkan tunas hujung yang sihat dan cepat naik ke para atas. Apabila pokok mencapai 1.6 m tinggi, pokok dicantas untuk mewujudkan dua dahan primer. Kedua-dua dahan primer ini dicantas lagi apabila mencapai 1 m panjang untuk membentuk dahan sekunder yang berpotensi untuk berbunga. Hanya lapan dahan sekunder sepokok disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan yang baik. Buahnya boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, jus anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Daunnya juga boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas. Terdapat pelbagai jenis anggur :-

- Isabella - Tempoh berbuah : 7-9 Bulan, Warna Buah Masak : Merah Tua
- I.A.C - Tempoh berbuah : 7-9 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
- White Malaga - Tempoh berbuah : 7-9 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
- Cardinal - Tempoh berbuah : 12-14 Bulan, Warna Buah Masak : Merah
- Black Muscat - Tempoh berbuah : 9-12 Bulan, Warna Buah Masak : Hitam
- Thompson - Tempoh berbuah : 14-16 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau Kuning
- Black Opel - Tempoh berbuah : 9-12 Bulan, Warna Buah Masak : Hitam Biru
- Green Perliet - Tempoh berbuah : 9-12 Bulan, Warna Buah Masak : Hijau
- C.B.R - Tempoh berbuah : 12-15 Bulan, Warna Buah Masak : Hitam