Ads

Ads

Monday, October 1, 2012

Home »»Buah Durian

Buah Durian

 
wanizz.blogspot.comDurian atau nama botaninya Durio Zibethinus Murray berasal dari keluarga BombacaceaeSelain Durio zibethinus, lapan spesies lain yang dikenal pasti boleh dimakan ialah D. dulcis,D. grandiflorus, D. graveolens, D. kutejensis, D. lowianus, D. macrantha, D. oxleyanus dan D. testudinarum. Bagaimanapun, masih terdapat pelbagai spesies yang tidak dikaji dengan teliti, kemungkinan ada lagi spesies lain yang buahnya boleh dimakan.

'Raja Buah' ini paling banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara namun terdapat juga di negara-negara seperti Sri Lanka, India, Papua New Guinea, Australia, Hawaii dan Zanzibar.

Pokok durian ini boleh mencapai ketinggian sehingga 40m, berakar banir dengan kulit kayu perang kemerah-merahan. Daunnya pula mempunyai struktur yang ringkas memanjang dengan panjang 10-17cm dan lebar 3-6.5cm dengan warna permukaan atas daun yang menarik iaitu perang kemerah-merahan dan bawah daun berwarna perak. Terdapat bunga kira-kira 3-30 kuntum dalam satu jambak yang berjuntai dan kembang pada waktu malam pada dahan pokok tersebut. Kudup bunganya berbentuk bujur telur dengan ukuran garis pusat 2cm.

wanizz.blogspot.comBahagian utama iaitu buahnya mempunyai pelbagai variasi bentuk iaitu bulat, bujur telur, bulat memanjang dan ada yang berbentuk pir. Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30cm panjang dan 15cm diameter serta seberat 1-3kg. Warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.
 
wanizz.blogspot.comKulitnya yang berwarna hijau muda, hijau tua, perang kekuning-kuningan boleh dijemur untuk kegunaan bahan api,. Kulitnya yang dibakar hangus sehingga menjadi abu lalu dicampurkan dengan air, dijadikan air beralkali untuk membuat kuih tertentu. Batang pokok durian tidak tahan lama tetapi sesuai dijadikan perabot, terompah dan lain-lain.