Ads

Ads

Friday, July 1, 2011

Home »»Buah Ciku

Buah Ciku



Buah Ciku atau nama botaninya Manilkara Zapota (L) P. Van Royen berasal dari keluarga Sapotaceae. Buah ini berasal dari kawasan tengah Amerika, Mexico dan Hindi Barat. Kini ia ditaman hampir di semua kawasan tropika. 
Pokoknya serdahana tinggi tetapi boleh mencapai ketinggian 20-40m. Pokok ini boleh hidup bertahun-tahun pada ketinggian 5-10m sahaja. Kesemua bahagian pokok mempunyai banyak getah putih. Daunnya pula ringkas dalam susunan selang-seli. Kebanyakan daun hanya terletak pada hujung ranting sahaja. Panjang daunnya 3.5-15cm dan lebar 1.5-7cm. Bentuk daun seperti mata lembing atau bujur telur, berwarna hijau tua dan berkilat.


Bungga tunggal pada ketiak bunga dihujung ranting, kecil, kelopak kalaks warna perang berbulu serta kelopak petal putih. Buahnya berjuntai, jenis beri berbentuk bulat, bujur telur atau memanjang. Panjang buahnya 5-10cm dan ukuran garis pusat 3-8cm. Faktor utama dalam menentukan gred dan jenis sesuatu buah adalah bentuk, saiz, warna isi dan citrasanya. Buah yang masak boleh dimakan segar dan dibuat minuman, aiskrim, jem, jeli, sirap, manisan  atau cuka.

Ciku Shake

Di Malaysia jenis ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir dan Subang. Buah ciku pada amnya mengambil masa antara 6-8 bulan dari tempoh berbunga untuk mencapai kematangan. Walaubagaimanapun ciku yang dipetik selepas 7bulan berbunga adalah lebih besar dan manis. Buah ciku seelok-eloknya dipetik dengan tangan. Bagi pokok yang agak tinggi, pemetikan buah dilakukan dengan cara memanjat pokok atau menggunakan tangga atau galah. Galah yang mempunyai jaring di hujung adalah sesuai digunakan. Buah yang baru dipetik, seelok-eloknya disusun di atas hamparan guni dengan bahagian tangkainya menghala ke bawah. Keadaan ini membolehkan getahnya meleleh ke hamparan guni tanpa mengotorkan buah. Pembasuhan secepat mungkin selepas penuaian juga dapat membantu membersihkan buah ciku daripada pencemaran getah.