Ads

Ads

Thursday, May 5, 2011

Home »»Buah Betik

Buah Betik

Tiada buah yang lebih sinonim bagi penduduk di kawasan tropika selain buah betik. Betik atau nama botaninya Carica Papaya berasal dari keluarga Caricaceae. Namun dari mana asalnya masih belum dapat dipastikan. Ramai yang berpendapat buah betik mungkin terhasil dari gabungan dua atau lebih spesis Carica, buah yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, betik ditanam di kebanyakan negara beriklim tropika.

Pokoknya setinggi 2-10m, berbentuk silinder dengan garis pusat 10-30cm. bahagian tengah berongga dan bahagian luar berparut bekas pangkal daun yang gugur.Daun dihujung pokok berpilin, tangkai sepanjang 1m, berongga dan berwarna hijau. Bentuk daunnya seperti tangan, 25-27cm garis pusat, ada yang kurang terbahagi antara 7-11 bahagian, tiada bulu dan urat yang jelas.Bunga jantan, betina atau dwijantina sepanjang 2.5cm di ketiak daun. Bunga jantan panjang tangkai jambaknya 25-100cm, berjuntai danberwarna kuning muda. Bunga betina tunggal atau beberapa kuntum sejambak, panjang antara 3.5-5cm serta kelopak kuning. Betik kaya dengan vit. A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.
Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7-60cm dan boleh mencapai berat sehingga 9kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Betik Eksotika ialah antara yang popular dengan isinya yang merah kekuningan dan kandungan gula yang tinggi. Beratnya ialah di antara 600g-800g. Betik Solo pula yang juga dikenali dengan nama betik “Hong Kong”, berbentuk panjang dan mempunyai saiz dan bentuk yang sama di antara pangkal dan hujungnya. Beratnya ialah 1kg-2 kg.
Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.
Betik biasanya dimakan segar, tetapi boleh juga diproses untuk dibuat jus, puri, gula-gula, jem dan jeli. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Disebabkan betik mempunyai kesan laksatif, ia boleh dimakan untuk menggalakkan usus menjadi aktif dan sihat. Betik mengandungi enzim papain yang membantu penghadaman protein. Betik sering disyorkan bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman makanan.